SENARAI STANDARD ISO

ISO 9001 : 2015
Sistem Pengurusan Kualiti

ISO 9001 yang menetapkan keperluan untuk sistem pengurusan kualiti, kini telah kukuh sebagai standard yang diguna pakai di peringkat global bagi memberi jaminan terhadap keupayaan organisasi memenuhi keperluan kualiti serta meningkatkan kepuasan pelanggan dalam hubungan antara pembekal dan pelanggan.

ISO 14001 : 2015
Sistem Pengurusan Alam Sekitar

ISO 14001 yang menetapkan keperluan untuk sistem pengurusan alam sekitar, mengesahkan kepentingannya di peringkat global untuk organisasi yang ingin beroperasi secara mampan dari segi alam sekitar.

ISO 45001 : 2018
Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

ISO 45001 ialah Standard Antarabangsa yang menetapkan keperluan bagi sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), bersama panduan penggunaannya, untuk membolehkan organisasi meningkatkan prestasi KKP secara proaktif dalam mencegah kecederaan dan masalah kesihatan pekerjaan.

ISO 22000 : 2018
Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan

ISO 37001 ialah standard antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) yang bantu organisasi mencegah, mengesan, dan menangani rasuah. Ia sesuai untuk semua jenis organisasi dan membantu tingkatkan integriti, patuh undang-undang, serta jaga reputasi syarikat.

ISO 27001 : 2022
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat

ISO 27001 ialah standard keselamatan maklumat yang menetapkan keperluan untuk melindungi data organisasi melalui Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Sesuai untuk semua jenis organisasi, ia bantu kawal risiko, lindungi maklumat, dan pastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan.

ISO 13485 : 2016
Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan

ISO 13485 ialah standard ISO yang diterbitkan pada tahun 2003, mewakili keperluan bagi sistem pengurusan menyeluruh untuk reka bentuk dan pengilangan peranti perubatan.

ISO 21001 : 2018
Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan

ISO 21001 ialah standard antarabangsa yang dibangunkan oleh Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO) yang menyediakan rangka kerja untuk organisasi pendidikan bagi mewujudkan sistem pengurusan yang berkesan. Ia bertujuan membantu organisasi pendidikan memenuhi keperluan pelajar serta meningkatkan kepuasan mereka melalui penambahbaikan proses pendidikan dan pematuhan terhadap kehendak pelajar.

I consent to share my personal data with Maxmoore International for the provision of Maxmoore International services. Please view our Privacy Notice for more details.

YOUR POINT OF CONTACT

Nama Contact

Role

Email: acce@maxmooreinternational.com

No Tel (Mobile): +6011 6551 2929

No Tel (General): 03-8959 7999

Hubungi pakar lesen kami hari ini untuk ketahui lebih lanjut tentang proses permohonan anda!

HUBUNGI KAMI DI SINI